
Sulit
4 tahun
Berat kepala tapi tidak pening
Hai doktor , sy wanita 25 tahun , 1 minggu yg lepas sy mengalami pening ,sy berehat tidur dengan harapan pening tu hilang, selepas bangun pening tu memang hilang ,namun kepala tetap terasa berat , hari ke hari berat kepala tu tetap ada malah berpinda2 ke semua bahgian kepala ,kadang ke belakang kpla,siring ,tengah dan dahi … ini sangat merunsingkan saya …saya suda berjumpa dengan dktr ,dia mmberikan sy ubat migrain ,namun ubat suda habis ,berat kepala tetap ada. Jika sy bersenam ,malah tamba pening . Namun hilang lps tdur…namun dmikian berat kepala tetap ada . Seperti biasa berat tu berpinda². Pandangan pun jadi kabur . Dengan ini,sy sngt mnerima nsihat dktr .terima kasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Sakit kepala yang berpanjangan lebih-lebih lagi sudah 1 minggu lamanya sudah pasti mengganggu dan merisaukan anda, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .