
syireen
5 tahun
Betul ke kalau kolesterol tinggi nanti boleh kena strok
Betul ke kalau kolesterol tinggi nanti boleh kena strok?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Strok atau serangan angin ahmar berlaku apabila saluran darah menjadi sempit ataupun pecah. Penyakit ini boleh mengurangkan bekalan darah dan oksigen kepada otak, dan menyebabkan kematian sel-sel otak sekiranya keadaan in berlanjutan. Tanda-tanda strok bergantung pada lokasi dan tahap kerosakan pada bahagian otak tersebut. Terdapat 2 jenis strok:
- Strok iskemik – Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah ke bahagian otak tersumbat.
- Strok hemoragik – Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah ke bahagian otak pecah.
Kolesterol tinggi menyebabkan strok jenis iskemik. Kolesterol boleh melekat di dinding saluran darah dan menyebabkan pembentukan plak kolesterol. Plak kolesterol adalah penyebab utama aterosklerosis (saluran darah menjadi sempit dan keras). Plak ini akan mengganggu aliran darah. Jika plak kolesterol pecah, bahagian dalam dinding akan terdedah dan menyebabkan pembentukan darah beku apabila mekanisme pembekuan dalam darah dicetuskan.
Darah beku ini mengurangkan bekalan darah dan oksigen kepada otak dan mengakibatkan kematian sel-sel otak.
Kolesterol tinggi dan strok boleh dielakkan melalui gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, gula dan garam. Tingkatkan pengambilan serat.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu, seperti berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan kolesterol LDL (“jahat”) dan menurunkan kolesterol HDL (“baik”). Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.
Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda boleh berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok. Selain itu, tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup. Akhir sekali, buat pemeriksaan perubatan secara berkala. Pastikan paras gula darah, kolesterol dan tekanan darah tinggi terkawal.
Please click on this link (DoctorOnCall) to talk to us privately online and discuss further about your inquiries. Thank you.