
Sulit
4 tahun
Bilakah waktu yang sesuai untuk buat ujian HIV?
Saya telah membuat ujian darah di klinik swasta pada hari ke 31 selepas dedahan berisiko. Dan dapat result pada hari ke 33. Result adalah non-reactive (negatif).
Pada masa yg sama, saya ada juga ada membuat ujian sendiri menggunakan rapid kit test pada hari ke 33. Result adalah negatif.
Adakah ianya sudah memadai buat 2 ujian ini dalam tempoh ini atau kena tunggu lama sikit? Sebab info dari web ini masa yg paling sesuai dalam tempoh 2-4 minggu selepas dedahan berisiko.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit HIV.
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan!
Ujian HIV ini amat tepat jika anda membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu anda patut berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Mengenai HIV, virus ini boleh merebak kepada seseorang jika:
- melakukan hubungan seks tanpa kondom
- berkongsi jarum untuk dadah
- pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
- ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Sekiranya anda masih risau tentang status anda, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.