
jeirtom
3 tahun
Bolehkah Gaviscon dimakan bersama dengan perindopril?
Saya Tom 31, saya telah menjalani rawatan tekana darah tinggi dengan Perindopril 4mg tablet. Dah berhenti merokok 3bulan lalu.
Kebelakangan ini saya merasa gastrik saya mulai teruk, Perut kembung, rasa nak sendawa tapi tak keluar, kerap buang angin, keadaan ini sangat tidak selesa, selain itu pinggang saya terasa sakit, Adakah ini kesan sampingan dari ubat atau sebaliknya.
Bolehkan saya makan Gaviscon untuk redahkan gastrik ini. Terima Kasih Doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan Gaviscon bersama ubat perindropil tidak mempunyai halangan. Namun, kemungkinan kadar penyerapan ubat perindropil ini akan berkurangan sedikit selepas mengambil Gaviscon. Manakala masalah perut kembung dan ketidak-selesaan pada badan anda sekiranya berterusan dan tidak surut selepas pengambilan Gaviscon, maka anda perlulah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang bertepatan dan rawatan yang lebih sesuai. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.