
Sulit
4 tahun
Breast Reduction Surgery
Saya berumur 22 tahun dan mengalami masalah saiz payudara yang besar dan kendur. Saya ada mencuba senaman brief walk, running dan juga senaman khusus untuk mengecilkan bahagian lengan dan payudara seperti wall push up dan lain-lain. Tetapi, tak ada perubahan. Masalah saiz payudara ini telah menyebabkan beberapa masalah lain seperti sakit belakang dan kesukaran untuk melakukan senaman. Saya ada terbaca tentang breast reduction surgery, menonton proses surgeri di youtube, dan jug telah melakukan carian tentang akibat daripada surgeri ini terhadap diri saya. Soalan saya; Adakah terdapat servis ini di hospital kerajaan? Dan berapakah kos surgeri ini di hospital kerajaan? Kos yang ditawarkan di klinik dan hospital swasta bermula pada rm16k dan saya tidak mampu untuk itu. Tetapi, masalah sakit belakang betul2 mengganggu saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya sakit belakang juga boleh disebabkan oleh:
- tabiat memposisikan diri ketika duduk dan baring dengan cara yang salah
- faktor kerja atau rutin mengangkat barang berat atau melebihi kapasiti tubuh
- gangguan muskuloskeletal
- dan lain-lain
Maka saya sarankan anda untuk bertemu dulu dengan doktor agar gejala yang anda alami dapat ditindaki sesegera mungkin.
Untuk kos rawatan breast reduction di sektor kerajaan, saya sarankan anda untuk mendapatkan kos rawatan tersebut di hospital yang mempunyai sarana yang bersangkutan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.