
Sulit
4 tahun
Cara penggunaan pelincir (lubricant) pada faraj
Saya baru berkahwin, akan tetapi hubungan seks sukar dilakukan kerana saya mendapati faraj kurang menghasilkan pelincir walaupun foreplay sudah lama. Kami mengambil altenatif untuk menggunakan pelincir (durex). Akan tetapi, saya tidak tahu cara menggunakan pelincir tersebut pada faraj. Jadi, bagaimana hendak apply lubricant tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pelincir boleh digunakan atau disapukan pada faraj atau zakar sebelum melakukan hubungan seks untuk mengelakkan masalah faraj kering.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, jika anda masalah anda masih berlaku dalam tempoh berpanjangan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.