Sulit
4 tahun
Dripping whitening / vitamin c
Hi doktor, saya berumur 23 tahun, saya ingin buat dripping whitening. Betul ke kena ambik supplement protection uv bagi mengelakkan kulit bertukar warna asal. Adakah ada cara lain bagi mengekalkan kulit warna dan sihat selepas tidak lagi menggunakan dripping. Saya baca ada yang kata kulit burn dan sebagainya selepas menggunakan dripping dan tidak pasti cara pengambilannya dan juga mungkin dia tidak menjaga batas kulitnya sampai menjadi burn. Adakah ianya selamat kalau mengambil dos yang sesuai?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan kulit yang sempurna? Dapatkan ia segera.
Vitamin C dripping/injection atau Whitening drips adalah suatu prosedur yang menyuntik dan memasukkan vitamin c (dan ada kala disertai kompenen kimia yang lain seperti glutathione) ke dalam kulit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), penggunaan vitamin C dan glutathione sebagai pemutihan kulit adalah sangat tidak digalakkan. Hal ini adalah kerana, berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan tidak ada manfaat rawatan tersebut terhadap pemutihan kulit. Malah ia boleh mendatang kemudaharatan kepada si penerima.
Sebaliknya, berikut adalah beberapa tips untuk difikirkan sebelum memilih produk pemutihan kulit yang terbaik:
- Mendapatkan nasihat pakar rawatan kulit atau aesthetician yang bertauliah terhadap produk tertentu
- Baca dengan teliti maklumat pada label produk dan ikuti cadangan yang diberikan.
- Jangan mudah yakin dengan iklan yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik yang selamat mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk memberikan kesan yang diinginkan.
- Sentiasa beringat untuk tetap melindungi kulit dari faktor-faktor yang berbahaya bagi kulit seperti pendedahan cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar. Amalkan hidup sihat dan makan makanan yang seimbang sebagai faktor utama dalam penjagaan kulit anda
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.