
Sulit
3 tahun
Eno halia untuk sakit gerd
jika saya ada gerd boleh tak saya minum air eno halia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda untuk mengetahui sama ada minuman eno halia boleh diminum untuk sakit gerd. Namun pihak kami tidak mengetahui isi kandungan dan tiada kajian khusus yang menunjukkan keberkesanannya dalam merawat gerd.
Untuk makluman anda, GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom.
Berikut merupakan antara simptom GERD yang sering dilaporkan oleh pesakit:
- Muntah-muntah
- Loya
- Rasa masam atau sesuatu di tekak
- Pedih ulu hati
- Terbangun secara tiba-tiba pada waktu malam kerana tekak yang tidak selesa atau muntah
- Sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen atau sakit dada
Penyakit GERD bermula apabila injap yang berfungsi menahan makanan daripada memasuki saluran makanan tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan asid perut yang kuat memasuki tiub saluran makanan anda.
Disarankan untuk merujuk doktor di pusat kesihatan berdekatan bagi merawat masalah yang dihadapi.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Terima kasih