
Sulit
4 tahun
Green tea sesuai tak untuk wanita yang sedang haid?
Saya wanita berusia 27tahun dan masih dalam rawatan pcos dengan pakar gynaecology , masa yang sama saya perlu kurangkan berat badan dan sekarang saya sedang haid . Saya ingin bertanya , bolehkah saya minum greentea ketika haid ?? Dan ada kesan sampingan tak ?? seperti menganggu rawatan pcos… Mohon pencerahan dari pihak doktor . Terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid merupakan suatu fenomena yang sangat berkait rapat dengan kadar hormon wanita dalam tubuh. Justeru penyakit PCOS juga merupakan gangguan yang dapat dipengaruhi oleh kadar hormon tubuh.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Secara umumnya, berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, green tea sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh, kandungan antioksidannya juga merupakan zat-zat yang penting bagi menjamin kesihatan kaum wanita. Namun seperti makanan sihat yang lain, ianya tidak boleh diambil secara berlebihan dan penggunaan green tea tidak boleh disusuli dengan kandungan gula yang tinggi. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih khsusus tentang kondisi tubuh anda.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.