
eyqaajnsb93
5 tahun
Haid datang selepas lewat 1 minggu
Saya wanita dalam 20’an…
Sebelum pada tarikh haid sy patutnya sudah datang pada 9/12…
Dalam 1 minggu lebih sebelum datang haid… saya sudah dapat merasa simtom-simtop seperti sy, kram di perut, badan rasa panas je dari dalam rasa nak demam pun ada… setiap hari, badan rasa penat, dan cepat mengantuk…
Sy sudah check UPT Still negetif dan haid saya sepatutnya datang 9/11…
Kini sudah lewat seminggu.
Tiba-tiba pada 16/11 pendarahan berlaku seakan-akan seperti datang haid… Badan terasa panas sepeti demam dan terasa segugut dan kram di bawah perut…
Adakah sy berpeluang mengandung untuk check UPT sekali lagi selepas habis pendarahan berlaku atau samada sy perlu pergi scan.
Boleh terang kan detail kenapa sy ada simtom-simtop seperti merasakan sy mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sindrom premenstrual (sering dialami oleh wanita)
- masalah hipertroid
- jangkitan virus
- jangkitan kuman dalam badan
Kelewatan haid adalah masalah yang lazim dialami oleh wanita. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.