Sulit
3 tahun
Kadang-kadang sesak nafas
Hi doc, saya kadang-kadang rasa sesak nafas walaupun dah tarik nafas dalam-dalam sampai terasa sakit dada tapi still rasa tak cukup nafas. Tukar position pon masih sama. Biasa nya dia jadi secara tiba-tiba sahaja biasa nya terjadi semasa saya baring untuk tidur. Perlukah saya dapatkan rawatan lanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pneumonia
- Pneumothorax
- Sakit jantung
- COPD
- Asthma
- Kanser paru-paru
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.