Sulit
3 tahun
Sesak nafas setelah vaksin (Gerd@keradangan)
Salam doctor. Nak tanya apa beza gerd dan keradangan jantung? Sebabnya saya mengalami sesak nafas, sakit bahagian dada (cucuk kadang), rasa panas bahagian dada & nyeri (kadang) selepas dose 2 (24/10) lebih teruk dari dose 1 di mana penyakit ini saya dapat bermula daripada vaksinasi sendiri (AZ). Sebelum seminggu dose2, ada juga saya pergi ke klinik kesihatan bertanya kan utk meneruskan pengambilan vaksinasi dan Doctor tersebut membenarkan tanpa memeriksa kesihatan sperti darah, etc dan ya dah lebih 5 kali begitu ke klinik termasuk swasta. Mohon pencerahan, terima kasih doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom.
Berikut merupakan antara simptom GERD yang sering dilaporkan oleh pesakit:
- Muntah-muntah
- Loya
- Rasa masam atau sesuatu di tekak
- Pedih ulu hati
- Terbangun secara tiba-tiba pada waktu malam kerana tekak yang tidak selesa atau muntah
- Sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen atau sakit dada
Manakala maksud radang di dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai inflammation dan ia juga disebut sebagai itis di setiap akhir organ atau bahagian yang mengalami keradangan tersebut. Contohnya radang jantung (cardiac) disebut carditis, radang apendiks (appendix) sebagai appendicitis.
Untuk makluman anda, setakat ini tiada kajian yang mengatakan bahawa pesakit gerd tidak boleh mengambil vaksin. Penyakit gerd ini boleh didapati jika anda mengamalkan gaya pemakanan yang tidak betul seperti sering makan makanan yang pedas dan juga sering membiarkan perut kosong.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.