Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan jantung berdegup laju
Saya perempuan berumur 15 tahun…sejak 2 3 minggu ni saya kerap sesak nafas… Bila buat kerja ringan jantung saya berdegup laju dan jadi sesak nafas… Ketika baring juga kerap sesak nafas disertakan pening dan nafas berbunyi seperti berdengkur… Hampir setiap hari juga lelangit mulut saya menjadi gatal dan membuatkan tidur saya terganggu… Adakahianya merbahaya doktor…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah sesak nafas, pening, nafas berbunyi serta tidur yang terganggu. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, senarai simptom yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Jangkitan Tibi
- Reaksi alahan
- Penyakit jantung
- OSA (obstructive sleep apnoea)
- Masalah keresahan (anxiety)
Berikut merupakan senarai umum megenai penyakit yang menyerupai gejala anda. Kami tidak dapat memberikan diagnosis serta nasihat rawatan tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.