Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas dan x tahu apa puncanya
Hello doc…sy lelaki berumur 32 tahun.sy nak tanya.sy selalu menghadapi *kesukaran bernafas
*perut terasa kembung
*dada kiri&kanan terasa sikit
*tekak terasa tercekik
*fikiran melayang sampai terfikir nak mati
*selalu terjaga waktu malam
*kadang² terasa pening
Sakit apa itu doc??
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kesukaran bernafas, perut terasa kembung, sakit dada, tekak terasa tercekik, fikiran melayang sampai terfikir nak mati, selalu terjaga waktu malam dan pening. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, senarai simptom yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru
- Jangkitan Tibi
- Reaksi alahan
- Penyakit jantung
- OSA (obstructive sleep apnoea)
- Masalah keresahan (anxiety)
- Penyakit keradangan perut
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Keradangan esofagus
- Jangkitan pada sistem penghadaman
- Penyakit ulser peptik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.