Sulit
3 tahun
Asthma atau sesak nafas
Saya wanita berusia 34tahun. Saya kerap terasa seperti sesak nafas seolah macam nafas tak cukup panjang.Nafas saya pendek dan kadang-kadang tu rase macam saya tak bernafas iaitu saya terpaksa stop kan nafas beberapa saat sbb nak kumpul nafas saya . Kerap juga berNafas laju melalui mulut disebabkan bila nafas guna hidung secara normal ia terasa sempit, nafas pendek dan tak sampai dan membuatkan saya mengah. Adakah ia sindrom utk penyakit sesak nafas atau asthma sbb sebelom ni pegi klinik doktor kata oksigen saya ok. Mohon penerangan dari doktor. Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda mengalami sesak nafas, hidung terasa sempit, terpaksa anda bernafas laju melalui mulut, kadang-kadang henti bernafas untuk beberapa saat untuk kumpulkan nafas dan oksigen anda normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut kurang berkemungkinan disebabkan oleh asma, namun boleh disebab oleh beberapa perkara lain, contohnya:
- Septum hidung menyeleweng
- Pembesaran lapisan tisu dalam hidung
- Polip hidung
- Pembesaran adenoid
- Post-nasal drip
- Alahan atau radang resdung
- Jangkitan
Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.