Sulit
2 tahun
Hidung tersumbat ada rasa berat didada kalau tarik nafas..apa perlu sy lakukan doc?
Salam…sy lelaki berumur 37thn,sudah hampir setahun sy alami hidung trsumbat tp tak berhingus,bertukar2 hidung sy kalau trsumbat…jp kiri n jp kanan…dh g cek klinik n doc bg tahu ada radang di hidung…bila lapang hidung sy,tp sy mcm tak smpai nk brnafas…kenape ye doc???..apa perlu sy lakukan???..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda,
masalah hidung tersumbat boleh beraku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Mahupun keadaan seperti:
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongg hidung
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.