Sulit
2 tahun
Sakit batuk tak berkahak
Sy ad sakit batuk-batuk tapi takde kahak keluar kadang ii ad sesak nafas jgk ap perlu sy buat ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda,batuk sebenarnya simtom bukan spesifik macam demam dan boleh tanda jangkitan dalam mana-mana bahagian badan kita.Dicadangkan bahawa anda melakukan pemantauan kendiri untuk simtom-simtom lain yang lebih spesifik seperti sakit dada,lenguh kaki dan sesak nafas.Kalau boleh,anda boleh membuat rekod tempoh, kekerapan dan tahap serius masing-masing.Kombinasi simtom-simtom ini boleh membantu diri dan doktor untuk mencari sebab masalah yang anda alami.Anda boleh mendapat bantuan daripada doktor pakar kardiologi atau respiratori.
Disebabkan wabak Covid yang dihadapi dalam negara kita kini, saya juga mencadangkan anda memikirkan kemungkinan anda berhubung dengan kawan atau saudara yang positive Covid atau Tibi. Anda juga boleh menjalani ujian kendiri Covid sambil memantau sebarang gejala Covid dalam diri anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.