Sulit
3 tahun
Pendek Nafas (Macam sukar bernafas)
Saya lelaki umur 20-an mengalami susah bernafas. Ia seolah-olah seperti pendek nafas. Saya sangat bimbang & takut jika saya mengalami penyakit lain seperti Kurang darah atau dijangkiti Covid). Adakah syik berfikir banyak (stress) boleh menjejaskan saya sukar bernafas ?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sukar bernafas dan ingin mengetahui puncanya. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibat kesukaran bernafas, antaranya:
- Anxiety
- Panik
- Ketidakhadaman
- Angina
- Serangan jantung
- Pulmonary hypertension
- Jangkitan bakteria atau virus
- Keradangan.
- Gangguan emosi
- Asthma
- COPD
Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor untuk mendapatkan konklusi yang sebenar agar rawatan yang berkesan dapat diberikan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.