Sulit
2 tahun
Sesak nafas ketika sedang tidur
Assalamualaikum Doktor saya Saidatul berumur 16 tahun dri sabah.Saya ada asma semasa kecil lgi.Saya ingin tanya kenapa saya rasa sesak nafas waktu malam ketika sedang tidur?atau adakah penyakit asma saya adalah puncanya.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.