Sulit
2 tahun
Sesak nafas tetapi oksigen normal
Saya remaja lelaki berusia 16 tahun, saya mempunyai sesak nafas sejak september tahun lalu. Pada asalnya saya mengalami demam menggigil(seram sejuk) pada bulan Ogos selama 2 minggu, tidak mempunyai batuk, saya memang ada resdung(hidung sentiasa tersumbat dan berair), pening kepala, juga rasa seperti tekak tercekik tapi tidak sakit apabila menelan makanan & air dam mempunyai sesak nafas seperti tidak cukup & selesa didada( tiada asmaa). Saya pergi klinik swasta dan suhu badan tidak mencapai takat demam, dan apabila saya check oksigen, paru² & jantung semuanya baik² sahaja, buat test covid dan mendapat keputusan -ve, dan hanya dapat ubat paracetamol(?). Minggu seterusnya sudah okay selama seminggu dan terjadi balik perkara sama dalam seminggu. dalam seminggu itu 5 kali pergi klinik,check keadaan oksigen, paru², jantung, dan masih biasa. Kemudian doktor mahu membuat ujian darah dan mendapati didalam darah terdapat sedikit kuman dan perlu makan antibiotik selama 5 hari. selesai 5 hari saya tidak demam tapi masih sesak nafas. pergi klinik lain saya membuat ujian darah dan doktor mengatakan saya ada hipertiroid melalui simptop² yg saya beri. Doktor suruh makan ubat selama 6 minggu, selesai 6 minggu Masih tak jalan, ibu saya membuat keputusan untuk berjumpa doktor pakar tiroid mengenai masalah ni. Apabila berjumpa pakar, sebenarnya saya langsung tidak mempunyai masalah tiroid ini dan saya terus tak berjumpa doktor(kerana doktor kata tiada masalah) dan juga tak makan ubat. Tetapi sehinggalah harini saya masih mengalami sesak nafas yg masih tidak dapat jalan penyelesaian. Terima Kasih.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.