Sulit
3 tahun
Sesak nafas setiap malam
doc tolong saya. saya dalam 2 3 bulan ni kerap sesak nafas. saya dah pergi klinik kesihatan tapi doctor tu kata it just anxiety. but setiap malam it hard for me to sleep sebab sesak nafas. sesak nafas tu macam nafas saya tak tarik habis and it really hurt dekat dada saya. my grandmother ada penyakit jantung. please help me. saya nak jogging pun susah. half miles saya dah sesak nafas. do i need buat check up at the hospital atau go on sahaja? please help me. thank you so much!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sesak nafas dan ingin mengetahui puncanya. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibat kesukaran bernafas, antaranya:
- Anxiety
- Panik
- Ketidakhadaman
- Angina
- Serangan jantung
- Pulmonary hypertension
- Jangkitan bakteria atau virus
- Keradangan.
- Gangguan emosi
- Asthma
- COPD
Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor untuk mendapatkan konklusi yang sebenar agar rawatan yang berkesan dapat diberikan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.