Sulit
2 tahun
Rasa Sesak Nafas kadang-kadang, terasa di tekak bukan di hidung
Saya lelaki tidak mempunyai masalah penyakit lain sebelum ini, tapi sekarang kerapkali kadang2 rasa macam nafas rasa pendek, adakalanya bercakap pon rasa penat tapi bukan setiap masa, kadang-kadang sahaja. Saya perasan ianya lebih kerap selepas 3 minggu amik booster. Mohon pandangan daripada dr.
terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah Jantung
- Masalah paru-paru
- Anemia
- Tekanan darah rendah
- stres melampau
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.