Sulit
3 tahun
Dada terasa sempit, belakang badan sakit, dada sakit
Saya berumur 35tahun…Saya mempunyai masalah resdong yg boleh diakatakan teruk… Sebelum ini saya ada mengalami batuk yg agak lama sampaikan bila batuk dada terasa ditarik dan sakit… Saya ada berjumpa doktor, doktor kata paru2 saya berbunyi dan beliau membuat ujian darah n memberi saya antibiotics…
Sekarang saya rasa macam kembali sakit… Dada rasa tidak selesa, nafas mcm pendek2 dan saya rasa dihabagian leher seperti ada yang menghalang… Kadang2 belakang badan saya terasa sakit… Apakah masalah yg sy alami…
Terima kasih
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai masalah resdung dan kini anda mengalami gejala nafas pendek, dada tidak selesa dan sakit belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kuman yang merebak ke paru-paru akibat resdung
- Penyakit Asma
- Masalah resdung yang tidak terkawal
Jawapan kami ini adalah secara umum kerana kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa sejarah perubatan yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.