Sulit
2 tahun
Sukar bernafas selepas terima masuk darah
Saya perempuan umur 26 tahun, saya baru terima masuk 4 bag darah pada minggu lepas. Normal ke lepas terima darah, rasa sukar bernafas, mengah walaupun baru bangun tidur, cepat letih dan mengantuk?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sukar bernafas dan ingin mengetahui puncanya. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibat kesukaran bernafas, antaranya:
Anxiety
Panik
Ketidakhadaman
Angina
Serangan jantung
Pulmonary hypertension
Jangkitan bakteria atau virus
Keradangan.
Gangguan emosi
Asthma
COPD
Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor untuk mendapatkan konklusi yang sebenar agar rawatan yang berkesan dapat diberikan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.