Sulit
3 tahun
Keguguran kandungan 5 minggu
Saya wanita berumur 27 tahun…saya mengalami keguguran di usia kandungan saya 5 minggu. janin keluar pendarahan taklah seteruk sangat…saya ada refer sebuah klinik swasta…scan…mereka mendapati saki baki janin masih…ada cuma bayi yang dalam kandungan saya. Hilang denyutan jantungnya .saya nak mohon pencerahan…sebab…janin keluar dari rahim berbentuk bayi…adakah saya keguguran atau tak…dan kenapa saya tak mengalami pendarahan…mohon pencerahan ya doktor
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Tanda yang paling biasa keguguran adalah pendarahan vagina, yang boleh berbeza-beza dari warna merah atau coklat kepada pendarahan yang banyak. Sekiranya ia berlaku pada awal kehamilan, anda mungkin berfikir ianya hanya darah haid.
Tanda-tanda lain mungkin termasuk:
- kesakitan di bahagian bawah perut, yang boleh berbeza dari rasa sakit seperti senggugut atau seperti cramp semasa bersalin.
- keluar cecair dari faraj anda
- keluar darah beku atau ketulan daripada faraj
Plasenta dan kantung pula boleh mengambil masa satu jam atau beberapa jam untuk keluar. Pada waktu ini mungkin terdapat kekejangan yang paling maksimum dan pendarahan selalunya lebih banyak pada fasa ini.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall