aiyushahijat91
3 tahun
Keguguran dan pendarahan
Maaf sy ingin bertanya,sy baru keguguran kandungan berusia 7 mggu…missed miscarage…2 hari lepas 21/6 sy dah buat D&C…masalah sy masih ade pv bleeding dlm 1/4 soaked pad…kekerapan tuka 3 pad sehari…normal ataupon tidak walaupon sy sudah melakukan D&C…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali takziah kami ucapkan di atas nasib yang menimpa anda. Kami memahami kerisauan anda mengenai pendarahan berpanjangan selepas keguguran.
Lazimnya kondisi seperti ini boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Penggunaan kontraseptif hormon: Pil perancang atau IUCD
- Gangguan hormon yang lain
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Untuk mengetahui jenis ubatan dan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini, pemeriksaan dan penilaian oleh doktor perlu dilakukan. Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih