Sulit
3 tahun
Ingin bertanya tentang tanda keguguran
Saya wanita berusia 33 tahun. Saya diagnos sbg pesakit kencing manis pada tahun 2019 dan pada ketika itu saya mengamalkan sejenis jamu kosmetik dan doktor sahkan pankreas saya sudah tidak dpt menghasilakan insulin. Saya telah berkahwin pada bulan dec 2018 lepas. Pada bulan jun 2019 saya telah mengalami peristiwa dimana saya sering menggigil kesejukan tapi tidak setiap masa. Kadang2 ptg, kadang2 tgh mlm dan berlanjutan selama 5 hari. Saya demam on/off dan adakalanya menggigil. Ketika ingin mmbuang air kecil, saya perasan ada satu ketulan seperti lendir dan sangat pejal diikuti sedikit darah telah keluar. Saya cuba utk memicitnya dan ia x pecah. Dan saya terus mmbuangnya. Ia kelihatan seperti bentuk badan yg x sempurna (keadaan sperti seekor cicak) tp pada ketika itu saya tiada mmbuat ujian upt krana sya tidak terfikir dan sdg sakit. Dan itu juga bukan pada waktu saya sepatutya haid dan masih lama lagi utk sya haid (saya ada tracker apps) Smpai la keluar sedikit darah esoknya dan sya terus ke klinik. Doktor mengatakan saya ada simptom jangkitan dalam salur kencing. Saya masuk hospital dan disahkan menghidap kencing manis dan kekurangan garam dalam badan. Soalan saya, adakah benda pejal itu adalah tanda keguguran? Sehingga kini saya belum hamil lagi. Saya sdh mmbuat pap smear dan scan fibroid. Saya juga telah ke ONG dan doktor mengesahkan kantung rahim saya juga sihat dan tiada masalah. Saya baru teringat tentang hal ini setelah melihat gambar perkongsian dr seorang sahabat yg baru keguguran.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah ketulan lendir yang keluar ditemani darah pada jun 2019. Anda ingin mengetahui jika anda mengalami keguguran ketika itu. Namun saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat tanpa maklumat lain. Tetapi saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai ( multifactorial ) dan bertindih. Antaranya adalah:
- Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.
- Masalah penyakit si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
- Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
- Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
- Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
- Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
- Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
- Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
- Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
- Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Simptom-simptom keguguran:
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12). Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tentang situasi ini.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.