
Sulit
3 tahun
Keguguran kandungan 7minggu
Saya ibu kepada 4 ank yg last 1thn 1 bln dan sekarang saya mengandung 7 minggu dan saya nak gugurkannya blh doctor dapatkan pill ke atau mcm mn???

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui berkenaan menggugurkan kandungan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, proses menggugurkan kandungan di Malaysia memerlukan pengesahan doktor atau pakar sakit puan. Terutamanya jika:
- kandungan tersebut membahayakan kesihatan ibu
- kehamilan atau proses bersalin boleh membawa maut
- embrio mati dalam kandungan
- masalah sakit serius pada kandungan atau ibu
Bagi maklumat lanjut, terdapat beberapa persatuan yang boleh membantu anda:
Woman’s Aid Organization
- WAO SMS/Whatsapp line
- TINA: 0189888058
- Hotline: 03-79563488
Anda boleh berjumpa serta bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan