Sulit
3 tahun
Sebulan saya selepas keguguran upt masih positif adakah saya mengandung lagi?
Saya gugur pada 13/10/21
Sehingga hari ini 20/11 upt saya masih 2 line tapi kabur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas mengalami keguguran, hormon gonadotropin dalam badan anda masih boleh bertahan selama beberapa hari dalam darah anda. Oleh itu, ujian kehamilan yang anda lakukan boleh menunjukkan hasil positif.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.