Sulit
3 tahun
Pendarahan berpanjangan hingga hari ke90 selepas keguguran pada minggu ke7
Saya berumur 35tahun,mempunyai 5org anak, baru2 ini mgalami kguguran pada minggu ke7 kehamilan, darah kluar banyak pada 2 minggu pertama, dan beransur kurang untuk minggu seterusnya, namun kini, sudah masuk hari ke90, darah masih ada, tapi dlm kuantiti sedikit berbentuk ketulan kecik @ lendir, adakah perkara normal dokter pendarahan hingga melebihi dari 60hari? Dan mgapa pkara ini terjadi? Apa yg patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pendarahan selama 90 hari selepas mengalami keguguran. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan selama 90 hari bukanlah sesuatu perkara yang normal. Kebiasaanya, pendarahan selepas keguguran berbeza antara wanita, tetapi secara amnya, ia boleh berlaku sehingga 2 minggu selepas keguguran. Ada kemungkinan untuk pendarahan yang anda lalui ialah pendarahan haid, namun kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar supaya masalah anda dapat ditangani. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.