Sulit
3 tahun
Miscarriage..i need help
Hello doctor…saya nk tnya…baru ii ni wife keguguran…kandungan wife berusia 16 minggu…saya ingin bertanya mmng perlu ke utk buat rwtn cuci rahim?harap doktor dpt jawab…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah isteri anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas mengalami keguguran. isteri anda perlu untuk rawatn cuci rahim. Ini adlah untuk membersihkan rahim isteri anda daripada sisa janin dan juga sisa dari uri janin yang terdapat dalam rahim. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti jangkitan infeksi dalam rahim isteri anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk isteri anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.