Sulit
3 tahun
Bagaimana untuk mengetahui rahim sudah bersih selepas keguguran
Sy seorang wanita berumur 27tahun baru sahaja mengalami keguguran secara natural, janin sy jatuh dgn sendirinya. Pada awalnya,kluar darah sepertii darah haid dan d ikut ketulan2 kecil darah. Dan pada esok paginya telah keluar 1 ketulan darah yg sebesar ibu jari. Dan pada hari berikutnyaa telah keluar ketulan darah dan terdapat seperti bentuk garisan2 putih sepertii urat mcm tu dan hanya tinggal kluar darah sedikit2 sahaja. Tp sy masih rasa cramp kadang2 d bahagian pinggang dan tulang punggung… adakah rahim sy sdah bersih atau sy perlu membuat pemeriksaan lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas mengalami keguguran, anda perlu merujuk doktor untuk pemeriksaan kesihatan serta membersihkan rahim anda. Doktor akan membersihkan rahim anda secara menyeluruh dan juga akan memantau keadaan kesihatan anda seperti kadar tekanan darah dan juga kadar sel darah merah anda untuk memastikan bahawa anda tidak mengalami sebarang komplikasi akibat daripada keguguran.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.