Sulit
3 tahun
Menunggu waktu keguguran sepenuhnya
Saya berumur 26 tahun…minggu lepas saya disahkan missed miscarriage oleh klinik swasta sebab ada pendarah berlaku dan klinik tersebut sudah refer saya di hospital pakar…tapi apabila saya sudah refer dan sudah check doktor memberitahu yg saya masih minimal bleeding dan masih tiada pembukaan untk janin keluar lagi…doktor menyuruh saya untk tunggu lagi 4 minggu untk janin keluar dengan sendirinya.adakah ainya berbahaya untuk saya untk tunggu lagi? Dan perlukah saya menjaga makan seperti orng berpantang sepanjang tempoh menunggu janin keluar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ia tidak berbahaya, biasanya kes keguguran akan ambil jangka masa sepanjang 3 hingga 4 minggu untuk keluar janin. Anda juga tidak perlu pantang makan, cuma pastikan makan makanan kaya nutrisi, zat besi, calcium dan sebagainya.
Selain itu, selepas 4 minggu, anda perlu merujuk kepada doktor anda semula untuk pastikan kandungan anda, mungkinnya dapat nasihat dan bincang rancangan untuk hamil lagi.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).