Sulit
3 tahun
Pendarah selepas keguguran
Saya wanita 33 tahun telah keguguran pada 15/05/2021 selepas itu darah sentiasa keluar sehingga sekarang 26/06/2021 dan semakin hari makin banyak darah yang keluar. Saya tidak ada rasa apa2 kesakitan cuma risau takut ada terjadi apa-apa pada rahim saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak DoctorOnCall untuk bertanyakan masalah anda.
Pertama sekali, kami amat bersimpati dan mengucapkan takziah atas keguguran anda tempoh hari. Kami juga memahami bahawa saat ini anda bimbang akan pendarahan berpanjangan selepas gugur. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, selepas lebih kurang 10 hari, darah nifas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih. Pendarahan sedikit atau “spotting” yang anda alami boleh berlaku selama 6 minggu selepas keguguran. Haid wanita biasanya akan kembali kira-kira enam hingga lapan minggu setelah keguguran.
Pendarahan yang anda alami boleh dikategorikan sebagai darah nifas kerana tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari.
Akan tetapi, gejala sedemikian juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor , seperti:
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih