Sulit
3 tahun
Gugur keluar darah hanya sedikit
saya ibu muda yang mempunyai anak 3,baru2 ni saya disahkan hamil 8minngu,saya buat keputusan untuk guguran kandungan ni atas sebab kewangan dan anak kecil, selepas saya telan ubat darah hanya keluar setitik dua sahaja,dan keluar ketulan darah beku seakan hati ayam ,hanya sedikit2 ,.adakah itu normal mohon pencerahan saya takut😫
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda amat resah berkenaan ketulan darah yang keluar dan pendarahan yang sedikit setelah mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya spotting atau pendarahan diluar kitaran haid yang berlaku boleh disebabkan oleh kesan dari pengubatan, trauma, keguguran atau penyakit kelamin yang lain. Justeru, pemeriksaan lanjutan oleh doktor adalah penting untuk mengetahui keadaan yang sebenar.
Untuk pengetahuan anda juga keguguran yang tidak sempurna berisiko untuk berlakunya komplikasi yang serius serta mengancam nyawa, seperti
- keguguran septik ( septic abortion )
- endometritis
- radang pelvis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke hospital yang terdekat dengan kadar segera agar bantuan yang lebih lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.