Sulit
3 tahun
Keguguran rambut lelaki 50 tahun
hai doc, nak tanya, normal ke kalau lelaki umur 50 tahun mengalami keguguran rambut yang terlampau. adakah ia menunjukkan sebarang penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda mengalami tersebut, rambut gugur boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan (masalah emosi)
- Tekanan pada folikel rambut (ikat rambut terlalu ketat)
- Ketidakseimbangan nutrisi makanan
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit kulit
- Masalah genetik
- Kesan sampingan sesetengah perubatan atau rawatan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.