Sulit
2 tahun
Bila akan datang bulan lepas keguguran
Saya keguguran dalam 5 minggu kehamilan . Bila waktunya saya akan datang bulan . Dan bila saya boleh bersama suami kembali . Perlukah saya berpantang sama macam orang yang melahirkan. 44 hari ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti:
- keguguran lengkap
- Keguguran tidak lengkap
- Keguguran septik.
Keguguran tidak lengkap yang bermakna saki baki janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh menyebabkan simptom yang sedang puan alami seperti keluar ‘spotting’, keputihan mahupun cecair coklat. Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.
Selepas keguguran, haid akan kembali dalam jangka masa 21 hingga 35 hari. Untuk mengetahui tentsng tempoh berpantang, saya menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan ke atas anda dan dapat memberikan rawatan yang tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.