
Sulit
4 tahun
Kena gigit kucing perlu ke ambil suntikan tetanus?
Hi doktor, saya baru terkena gigitan kucing. Terjadi masa nak selamatkan kucing yg tersangkut dalam kesakitan. Jadi tanpa fikir panjang saya terus melulu untuk menolong da digigit kucing tersebut tanpa lepas hingga membenam gigit ke tangan kanan dan kiri sya.saya juga terkena cakaran nya.
Tak tunggu lama sy terus cuci tangan saya dengan air da sabun, serta rendam tangan dalam air suam panas sebab tangan saya da mengigil pedih.
Sy da letak iodine dan balut kawasan luka tersebut. Perlu ke saya ke klinik untuk dapatkan rawatan lagi?
3 atau 4 bulan yg lepas sy da ke klinik amik injection ATT akibat terkena cakaran kucing juga, bila kt klinik rawatan sy terima cuci luka dengan sapu iodine sahaja seperti mana sy lakukan di rumah sekarang ni.
Perlu ke sy ambil suntikan ATT lagi? Ada rawatan lain ke untuk kurangkan bengkak panas pada kawasan gigitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya, rawatan gigitan kucing sememangnya memakan waktu yang agak lama (tergantung keluasan luka). Walaupun ia mungkin dianggap leceh bagi sesetengah pihak, rawatan seperti ini adalah untuk memastikan:
- luka sembuh dengan sempurna
- meminimalkan kesan sampingan luka (i.e. parut)
- mengelakkan dari jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor atau hospital yang merawat anda kembali agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana keadaan luka dan bengkak tersebut.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.