
athirahsarah
5 tahun
Kepala rasa pusing tapi tak pening
Saya wanita 29 tahun. Kebelakangan ini saya kerap rasa kepala seperti berpusing tetapi tidak pening. Saya masih boleh meingimbangkan diri saya. Adakah punca tekanan darah rendah tetapi semasa saya mengandung saya mempunyai masalah darah tinggi. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Migrain - pencetus seperti makanan, stres
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang sering dialami kebanyakan orang
- Tekanan darah - terlalu rendah atau tinggi
- Anaemia - kurang sel darah merah
- Dehidrasi - kurang minum air
Antara punca utama tekanan darah rendah adalah kurang minum air atau banyak kehilangan air seperti cirit-birit, berpeluh dan kerap kencing. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pitam atau rasa hendak pitam, penat dan sesak nafas yang kerap anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.