
rabi.ada2104
5 tahun
Kepala tiba tiba pening terhuyung hayang
assalamualaikum. pada hari ini jam 9 mlm kepala saya tiba2 berasa pening terhuyung hayang dan hanya reda apabila sy baring. dan ianya berlarutan sehingga kini. blh sy thu kenapa dan sbb

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Apabila anda mengatakan anda pening terhuyung hayang, adakah maksud anda anda merasakan dunia berpusing atau hanya sakit kepala dan dsertai dengan pengelihatan yang kabur atau berbalam?
Biasanya pening yang dirasakan seperti dunia berpusing boleh disebabkan oleh masalah vertigo. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah pada telinga.
Bagi pening seperti sakit kepala pula biasanya boleh disebabkan oleh migrain, sakit kepala tegang atau sakit kepala kluster. Sakit kepala ini dipanggil sakit kepala jenis primary dan tidak berbahaya. Ia biasanya dicetuskan oleh:
- Stress
- Keletihan
- Kurang tidur
- Dehidrasi
- Pengambilan makanan tertentu (bagi migrain)
Oleh itu, maklumat lanjut haruslah diberikan sebelum kami boleh membuat kesimpulan. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.