
Sulit
4 tahun
Kerap kencing tetapi hanya sedikit
Anak lelaki saya berumur 7 tahun. Sejak seminggu ini saya perasan yang dia kerap ke tandas untuk kencing, tetapi air kencingnya hanya sedikit sahaja. Dia memang sering minum air juga tetapi hanya seteguk setiap kali. Saya ada juga bertanya jika rasa sakit semasa kencing tetapi tidak sakit. Saya risau jika anak saya menghidap kencing kotor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu kerap kencing tetapi sedikit. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kencing kotor (urinary tract infection), keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Kencing manis -jenis 1, yang sering pada kanak-kanak
- Terlalu banyak minum air
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anak anda, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, gejala kencing kotor yang perlu diawasi ialah kepedihan semasa membuang air kecil sewaktu habis buang air kecil. Selain itu, pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bawah perut dan kekerapan rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit. Seterusnya, kencing berbau busuk, air kencing mengandungi darah dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula, ada sesetengah orang yang mempunyai air kencing keruh disebabkan jangkitan ini dan gejala lain adalah seperti demam dan menggigil. Cara yang paling utama untuk mengesan jangkitan kuman ini adalah dengan mengkaji air kencing pesakit tersebut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih