
Sulit
4 tahun
Kesan masturbasi dan Cara memulih
Saya seorang murid sekolah menengah dan saya mempunyai masalah melancap
kerana kawan saya mengajar. Pada awal saya tidak tahu ape itu masturbasi dan cuba kat rumah. Tapi saya mula melancap 3 kali sehari. Saya takut nanti ade masalah pada masa depan. Harap doktor tolong saya dengan cara memulih masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual menggunakan tangan ataupun alatan seksual. Anda dinasihatkan untuk menghindari aktiviti ini untuk menghindari pelbagai kesan buruk, seperti:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Oleh itu,anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.