
Sulit
4 tahun
Leher berdenyut laju dan muscle twitching pada seluruh badan
Saya wanita berumur 23 tahun. Sebagai latar belakang, pada bulan 12 lalu, Saya mengalami kesukaran bernafas. Sakit bila nak tarik nafas. Berlaku mungkin dalam satu minggu. Kemudian saya mula mengalami ketakutan yang teramat. Menangis dan berada dalam keadaan takut. Beberapa hari kemudian, saya mula mengalami muscle twitching dan ia terjadi di seluruh badan. Sehingga kini muscle twitching tersebut tidak berhenti walaupun ia terjadi tidak sekerap seperti waktu mula-mula dahulu. Dan kini leher saya pula terasa berdenyut laju. Saya berasa sangat tidak selesa. Ada juga hari saya jadi seperti di awangan. Rasa pening yang melayang.
Saya sangat hargai kalau doktor boleh terangkan masalah saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perkara ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stress
- Terlebih kafein
- Diet yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
- Anxiety
- Tidur yang tidak mencukupi
- Kanser
- Kecederaan pada otak
- Strok
- Parkinson
- Sawan
- Masalah kelenjar tiroid
Perkara ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- masalah ini berlarutan
- otot tersebut menjadi lemah dan kebas
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.