
Sulit
4 tahun
Luka Di kepala Dan tidak pernah melakukan rawatan dan setelah 6 tahun sakit semula
Sering sakit, tidak dapat tidur malam, pening kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah sakit luka di kepala yang kembali selepas 6 tahun telah berlalu. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin menandakan penyakit yang serius ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan situasi anda iaitu:
- Pendarahan dalaman (Hematoma) pada otak akibat luka yang kembali terbuka. Hematoma ini merupakan sejenis pendarahan yang boleh tertakung dalam takungan diselaputi membren otak dan menganggu bahagian-bahagian otak yang boleh menyebabkan kepeningan, masalah tumpuan, masalah memori ataupun kekebasan badan.
- Jangkitan kuman pada luka di kepala tersebut. Kemungkinan luka tersebut mengalami pembukaan parut akibat pergerakan atau kecederaan kecil pada bahagian luka tersebut.
- Parut tersebut menjadi keloid, iaitu sejenis ketumbuhan tisu parut yang tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan gangguan pengsarafan kulit pada kawasan tersebut
- Kecederaan pada salur darah kepala yang kini telah menjadi teruk. Ini boleh dikaitkan dengan keradangan atau kembungan salur darah yang terlibat ketika kecederaan luka tersebut.
- Kecederaan pada bahagian otak secara langsung yang boleh menyebabkan seperti perkara pertama.
- Tekanan otak menjadi tinggi akibat rembesan cecair otak yang tidak terkawal, yang boleh disebabkan kecederaan berlaku 6 tahun yang lalu.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Masalah yang anda alami amat sukar untuk dikenalpasti tanpa siasatan kesihatan anda dengan lebih lanjut yang boleh dilakukan menggunakan kemudahan hospital. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah luka anda bagi mendapatkan punca masalah serta mendapatkan rawatan atau kelegaan yang diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.