
Sulit
4 tahun
Luka dikeliling puting payudara
Saya wanita umur 23tahun. Saya mengalami luka di bahagian keliling puting. Saya tidak pasti ianya kerana ape? Sebelum ni pernah terjadi selepas itu sembuh, sekarang dia jadi balik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah payudara anda. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami luka di bahagian puting dan sakit payudara, antaranya:
- Mastitis (jangkitan pada tisu payudara)
- Sista payudara ( Breast cyst )
- Kanser payudara
- Memakai bra yang terlalu ketat (menyebabkan puting bergesel dengan fabrik bra)
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah tanggapan kami secara am mengapa anda mempunyai gejala sedemikian. Kami tidak dapat memberikan anda diagnosis yang tepat kerana anda kami memerlukan lebih banyak maklumat dan perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal sebelum memberi tahu puncanya dan memberikan rawatan kepada anda.
Untuk menjawab soalan anda, kami tidak dapat memberikan apa-apa solusi kerana anda perlu berjumpa dengan doktor mengenai permasalahan anda seperti yang kami terangkan di atas.
Jika anda mahu berbincang dengan doktor kami secara atas talian, anda boleh klik di sini ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan menghubungi anda memberikan konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.