
dincet99
4 tahun
Mengenai Rambut gugur
Sy lelaki umur 27… nak tanya tentang rambut. Betul kah doc rambut normal gugur sekitar 80 helai sehari? Bila sy belai rambut sy guna tngan… ad gugur sekitar sehelai dua helai… sy bimbang rambut smkin menipis. .ap kah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, rambut manusia akan gugur secara normal dalam 50-100 helai sehari. Sekiranya terlalu banyak, keguguran rambut tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan terhadap produk syampu
- Masalah kelemumur
- Genetik
- Kurang nutrisi
- Masalah kesihatan tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.