Limyuen
6 tahun
Merokok dan sakit kepala
Hi…doktor saya nak tnya bg pihak suami saya.suami saya selalu sakit kepala di bahagian belakang sebelah kanan…suami saya seorang perokok…
5 tahun
Hai dan selamat pagi untuk anda. Terima kasih atas soalan anda bagi pihak suami. Sakit kepala boleh disebabkan pelbagai faktor. Ia disebabkan oleh apa-apa faktor yang boleh merangsang reseptor sakit di dalam kepala atau leher yang seterusnya akan menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor yang mampu menyebabkan sakit kepala termasuklah merokok, jangkitan kuman atau virus, ketegangan otot, stres, diet yang tidak sihat, masalah penglihatan, ketidak stabilan hormon-hormon di dalam badan, ubat-ubatan, masalah pada sistem pendengaran dan pernafasan, masalah sistem saraf, tekanan darah tinggi, suhu badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, bunyi bising dan cahaya yang melampau, kekurangan air di dalam badan, trauma pada kepala atau leher dan banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Secara ringkasnya, sakit kepala terbahagi kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sakit kepala sekunder. Sakit kepala primer adalah disebabkan sakit kepala kepala ketegangan, sakit kepala berkelompok dan serangan migrain. Ia bukan disebabkan masalah kesihatan yang lain. Manakala sakit kepala sekunder pula disebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman atau virus dan tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan atau pendarahan subaraknoid.
3 tahun
Salam sejahtera, pasti puan risau dengan masalah yang dihadapi oleh suami puan. Seorang perokok mempunyai risiko yang tinggi dalam pelbagai penyakit. Masalah sakit kepala adalah perkara yang sering dihadapi oleh perokok baik aktif mahupun pasif.
Seorang perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit barah. Namun begitu seorang perokok yang mengalami sakit kepala tidak semestinya menghidap barah otak. Terdapat pelbagai jenis sakit kepala. Antaranya adalah:
- “Tension headache” – sakit kepala akibat tekanan yang selalunya berlaku melibatkan keliling kepala. Pesakit akan mengadu berasa ketat seperti keliling kepala diikat.
- “Cluster headache” – sakit kepala yang sering berlaku kepada golong muda. Melibatkan bahagian mata. Penghidap sakit kepala sebegini mengadu sering menghadapi masalah yang sama setelah satu tempoh tanpa sakit kepala tersebut.
- Migrain – salah satu sakit kepala yang sering berlaku dalam kalangan wanita, tetapi tetap boleh berlaku dalam kalangan lelaki. Ia selalunya didahului oleh aura seperti lintasan cahaya dalam pengelihatan. Sakit kepala ini selalunya pada sebelah bahagian kepala sahaja serta penghidapnya akan sensitive terhadap cahaya dan bunyi bising.
- Kadang kala, terdapat pesakit yang sering mengadu sakit kepala dan tidak dapat diubati oleh ubat malah semakin teruk. Pesakit ini mungkin mendapat sakit kepala akibat ubat yang berlebihan atau dikenali sebagai “Medication induced headache”. Masalah selesai dengan tidak mengambil ubat tersebut.
Puan dinasihati membawa suami puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut agar punca sakit kepalanya dapat dikenalpasti dan dirawat dengan tepat.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!