
jejakakacak
6 tahun
Nanah dari kemaluan lelaki itu sifilis?
"Apekah kluar nanah dr kemaluan lelaki tu sifilis?
Nama ubat yg perlu di beli di farmasi
Brape lama akn pulih selepas rawatan"

6 tahun
Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat tiga jenis penyakit kelamin yang boleh menyebabkan nanah pada kemaluan seperti gonorrhea, sifilis dan klamidia. Gonorrhea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. penyakit ini tersebar melalui hubungan seksual. Simptom gonorrhea adalah pengeluaran nanah daripada zakar, sakit semasa kencing dan juga kerap mengencing. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone.
Sifilis adalah penyakit kelamin yang paling biasa antara golongan lelaki. Simptom sifilis datang secara berperingkat dan ia dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama sifilis biasanya ada ulser kecil, dipanggil chancre dan ia muncul di tempat bakteria memasuki badan anda. Biasanya ia tidak sakit dan akan pulih dalam masa tiga hingga enam minggu. Pada peringkat kedua, anda akan mengalami ruam pada bahagian zakar, vagina, dubur dan akhirnya meliputi seluruh tubuh anda termasuk telapak tangan dan tapak kaki anda. Pada peringkat akhir, jangkitan ini boleh merosakkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi.
Sifilis boleh dirawat dengan ubat antibiotik Penicillin. Ubat ini akan diberi untuk masa 2 minggu dan ia mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi. Manakala penyakit klamidia juga boleh menyebabkan pengeluaran nanah daripada zakar. Klamidia juga boleh menyebabkan sakit semasa kencing, gatal pada bahagian zakar dan sakit pada bahagian testis. Saya sarankan encik untuk berunding dengan doktor anda untuk keadaan anda.

6 tahun
Selamat sejahtera dan selamat petang untuk anda. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Sifilis merupakan sejenis penyakit jangkitan kelamin atau dikenali sebagai sexually transmitted infections (STI) yang boleh disebarkan, terutama melalui hubungan intim, berpunca daripada sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema Pallidum.
Peringkat pertama atau dikenali sebagai primary syphilis, penyakit ini berlaku pada hari ke 9 hingga 90 selepas jangkitan sifiilis, iaitu akan timbul satu bonjolan ulser kemerahan pada zakar, vagina, dubur atau mulut yang biasanya tidak sakit dan tidak gatal.
Manakala pada peringkat kedua dipanggil sebagai secondary syphilis. Ketika ini, ruam kulit akan timbul pada bahagian badan termasuk kaki dan tapak tangan.
Sekiranya anda sebagai pesakit masih tidak melakukan rawatan secepat mingkin, penyakit sifilis akan melarat hingga ke peringkat yang serius yang dikenali sebagai sifilis tertiari. Pada peringkat ini, bakteria sifilis telah merebak ke satu badan dan pada masa sama ia menyerang otak, tulang, saraf tunjang dan jantung.

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda. Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan keluarnya nanah dari kemaluan lelaki. Namun begitu simtom ini bukanlah simtom yang biasa berlaku akibat jangkitan sifilis. Punca keluarnya nanah dari kemaluan lelaki terbahagi kepada dua iaitu disebabkan penyakit kelamin dan bukan disebabkan penyakit kelamin.
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
Oleh itu, rawatan bagi masalah ini bergantung kepada puncanya. Bagi mengenal pasti punca-punca tersebut, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan pemeriksaan serta menjalani ujian. Anda boleh datang ke mana-mana klinik dan akan dirujuk ke klinik penyakit kelamin sekiranya didapati perlu.