
syedazhar.contact
4 tahun
Penggunaan Ubat Kumur
doktor, saya baru belajar menggunakan produk mouthwash. adakah kita perlu membilas dengar air semula selepas selesai berkumur?
jika tidak perlu bilas, adakah sebarang kesan kesihatan yang akan wujud?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu membilas selepas menggunakan ubat kumur (mouthwash) kerana ia air akan mengurangkan konsentrasi ubat kumur dan mengurangkan fungsi ubat kumur untuk melindungi mulut anda daripada bakteria.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, jika anda mempunyai soalan lebih lanjut, saya sarankan anda untuk ke klinik gigi untuk mendapatkan maklumat daripada doktor gigi. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.