
Sulit
3 tahun
Penggunaan ubat supp
Hai doktor, saya nak tanya. Anak saya demam panas. Dia susah nak makan ubat. Umur 3 tahun. Berapa kali kekerapan yang boleh diambil ubat supp tu dalam sehari? Setahu saya setiap 6 jam sekali. Sekiranya ambil 4x sehari tak jadi masalah kan. Sebab ada yang cakap bahaya kalau ambil byk biji.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Penggunaan ubat ini adalah berdasarkan umur dan berat kanak-kanak tersebut. Berikut merupakan garis panduan umum untuk sukatan ubat suppository paracetamol:
Supp PCM 125 mg:
6 bulan-3 tahun (8 kg-14 kg): 1 supp
4 tahun-5 tahun(16 kg-18 kg): 2 supp
Supp PCM 250 mg:
5 tahun-8 tahun (18 kg-25 kg): 1 supp
9 tahun-12 tahun (28 kg-40 kg): 2 supp
Peringatan: kedua-dua dos diatas tidak boleh digunakan melebihi 4 kali dalam tempoh 24 jam.
Namun begitu, untuk kepastian, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.